aboutlinksarchives


Saturday, October 15, 2011
Pemimpin Islam paling aku sanjungi untuk zaman ini.Baca dan fahami cara Tun membalas hujah2 yang ditanya oleh BBC. @ 5:34 PM




Temubual Ek
slusif Mahathir Mohamad - BBC UK. (petikan isu penting)

MM: Tidak, itulah masalahnya. Saya bukan anti-barat. Saya hanya menentang perkara buruk yang dilakukan negara barat.

BBC: Anda bukan anti-barat tapi pada tahun 2003 sebelum anda mengundur diri, anda ada berkata orang eropah Anglo-Saxon, saya petik disini, 'pelopor kepada peperangan, liwat, dan penghapusan etnik'.

MM: Ya, sememangnya benar.. anda perlu mengakuinya. Tetapi anda mengatakan anda bukan anti-barat? Ini adalah ciri-ciri mereka dan saya akan terus mengatakan demikian.

BBC: Jadi apabila anda hadir disini, anda berada dalam studio Hardtalk, ditengah bandaraya London, anda beranggapan saudara berada disebuah ibu pejabat peperangan, liwat dan penghapusan etnik?

MM: Sebenarnya saya hadir disini menjangkakan saya akan dihentam oleh anda kerana itulah cara anda berperanan.

BBC: Saya tidak menghentam anda. Saya hanya cuba mengacah anda samada anda percaya ianya merupakan satu kesilapan bagi anda untuk menggunakan bahasa sebegini kerana secara terang ia akan merosakkan anda sendiri daripada sebarang dialog dengan barat ketika menggunakannya.

MM: Kamu semua juga pernah memanggil kami orang Melayu pemalas, orang Melayu tidak cekap, orang Melayu tidak boleh dipercayai.. tetapi kami tidak boleh mengatakan sesuatu apapun pada kamu semua. Jadi, bila saya berada dalam kedudukan yang membolehkan saya berkata sesuatu pada kamu semua, saya ucapkan demikian dan anda tidak menyukainya. Apabila kamu semua mengatakan kepada kami, kamu semua mengharap kami menyukainya. Kami tidak menyukainya namun kami tiada jalan bagi membolehkan suara kami didengari.

BBC: Bagaimana fikiran anda terhadap demokrasi? Sudah tentu sejak 11 September, USA dan sekutunya seperti UK telah banyak bercakap mengenai penyebaran demokrasi. Adakah anda percaya dengan demokrasi?

MM: Kalau anda melihat sejarah barat, mereka telah mengemukakan berbagai jenis ideologi. Mereka mencubanya seketika dan apabila mendapatinya tidak elok, mereka tinggalkannya dan mencuba yang baru pula. Suatu hari mereka akan lupa mengenai demokrasi kerana di sesetengah negara, demokrasi sebenarnya telah bertukar menjadi anarki, dan sebenarnya tiada kerajaan.Ia bukan satu sistem yang boleh sesuai dengan semua orang. Anda perlu mencapai satu tahap kefahaman tentang batasan demokrasi supaya ia dapat berfungsi.

BBC: Adakah sebab itu anda bukan seorang demokrat? Kenapa anda diperingkat akhir pemerintahan bertukar menjadi diktator?

MM: Ya, itulah sesuatu pihak barat yang cuba mengatakan pada saya...'saya ialah seorang diktator.'

BBC: Sebenarnya saya hanya merujuk kepada kepada perkataan anda sendiri pada tahun 2002, anda menyebut raja feudal dan diktator sendiri telah menyediakan dan boleh menjadi kerajaan yang baik.

MM: Yang itu betul, sangat betul. Tamadun besar yang lepas tidak ada demokrasi, tetapi mereka tetap agung. Tidak semestinya sistem itu berfungsi baik dengan semua orang. Tetapi jika kita mempunyai pemimpin yang tidak baik, sistem demokrasi sekalipun akan gagal. Kita kena ingat tindakan negara demokratik yang menggugurkan bom atom yang membunuh 200 ribu nyawa manusia.

BBC: Bagaimana anda fikir reaksi rakyat Malaysia pada kata-kata anda yang mengatakan sebarang sistem demokrasi bukan sistem yang terbaik dan sebenarnya kerajaan diktator boleh memberi kerajaan yang lebih baik.

MM: Saya telah melalui 5 pilihanraya dan saya menang kesemuanya dengan majoriti dua per tiga...

BBC: Tanpa kebebasan akhbar, penahanan semua orang yang menentang anda?

MM: Lagi-lagi anda menyebut tentang penahanan orang yang menentang saya. Siapa mereka itu?

BBC: Saya tidak ingat berapa kali saya kena bagitahu anda, saya telah mengkaji laporan Human Rights Watch, Amnesty International, kajian dari Jabatan USA, dari kerajaan Kanada...

MM: Laporan itu berat sebelah. Pertama sekali tindakan saya ketika menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 ialah saya membebaskan banduan politik yang ditahan oleh pemimpin sebelum saya. 22 orang kesemuanya termasuk ramai dari pihak pembangkang.

BBC: Dibawah Akta Percetakan 1984 yang memerlukan akhbar memperbaharui lesen setiap tahun, untuk memudahkan anda melenyapkan suara mereka, bukankah begitu?

MM: Tidak, ia memang sudah lama begitu. Undang-undang sememangnya begitu kerana kami tinggal dalam negara yang...

BBC: Anda yang buat ni pada tahun 1984?

MM: Saya tidak buat ini. Tetapi saya tidak tahu dari mana anda mendapat maklumat itu. Tetapi yang pastinya kami hidup dalam negara yang berbilang kaum dan sekiranya kami tidak berhati-hati, kejadian rusuhan kaum akan berlaku. Cuba anda lihat kebanyakan negara yang mempunyai pelbagai kaum. Mereka tidak pernah aman. Malah Ireland Utara memerlukan masa yang lama untuk menghentikan peperangan di Ireland Utara.

BBC: Bercakap soal keamanan, anda nampak bimbang dengan kestabilan negara anda, betul kan? Sebab itulah anda bertindak keras terhadap puak pelampau Islam di Malaysia.

MM: Ya, itu memang sepatutnya.

BBC: Jadi, saya hairan bagaimana sebaik sahaja sebelum anda meninggalkan pentadbiran negara pada Oktober 2003, kenapa anda memberitahu Persidangan Islam, saya petik semula petikan yang terkenal, ia sedikit panjang, '1.3bilion tidak boleh dikalahkan oleh beberapa juta Yahudi. Kita sebenarnya sangat kuat. Pihak barat membunuh 6juta dari 12juta Yahudi tetapi hari ini Yahudi telah menguasai dunia dengan proksi. Mereka menjadikan orang lain berperang dan mati untuk mereka. Tetapi Yahudi telah menjadi sombong. Orang sombong adalah seperti orang marah, mudah buat silap dan ianya membuka banyak peluang untuk kita.'

MM: Saya hanya menyatakan fakta. Saya bersedia untuk mengatakannya sekali lagi dan lagi bahawa itu sebenarnya yang berlaku.

BBC: Anti semitik dan perkauman adalah tanggapan banyak kerajaan di seluruh dunia terhadap anda.

MM: Anti semitik adalah istilah yang dicipta oleh Yahudi sendiri. Kita tidak boleh berkata apa-apa. Malah wartawan telah ditangkap kerana mengatakan sesuatu yang bertentangan denga holocaust dan diperjarakan tiga tahun. Dimana kebebasan akhbar?

BBC: Jadi, perkataan tersebut saya rujuk dari pandangan anda bukan anti semitik?

MM: Tidak, ia bukan anti semitik. Saya hanya menyebut fakta. Faktanya ialah USA menurut apa sahaja yang Israel suruh mereka lakukan.

BBC: Saudara mengatakan semua itu fakta, kita ketepikan perkara itu sebentar. Saya cuba memahami logik anda. Disini anda mengatakan negara anda berpotensi diganggu oleh pelampau Islam dan kemudian anda pergi ke Persidangan Islam dan anda hanya menggunakan kata-kata yang digunakan oleh Osama Laden.

MM: Tidak ada sebarang percanggahan. Tidak ada langsung. Saya tidak mahu kepada keganasan pelampau Islam sebagaimana serangan orang Yahudi kepada terhadap Israel atau pengeboman Amerika pada Baghdad. Langsung tak sama.

BBC: Adakah anda yakin masyarakat masih mendengar mesej anda?

MM: Saya tidak boleh cakap. Kenapa perlu masyarakat perlu risau pada saya?

BBC: Di Malaysia, orang ramai berkata dan saya bercakap mengenai Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, sekarang sudah sampai masanya saudara mendiamkan diri.

MM: Kenapa perlu saya diam? Maksud anda apabila mereka melakukan sesuatu yang salah kepada negara saya dan saya tak perlu berkata apa-apa? Saya menjadi orang yang tidak bertanggungjawab sekiranya saya melakukan demikian.
Selesai. Namun perjuangan kita belum selesai.

about
me

Muhammad Zulhamizan Bin Mohd Rasid 17 years old ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ SMK Felcra Bukit Kepong, Muar
Teacher's Day ♥(ˆ⌣ˆԅ)
Malaysia Flag Orb